6 TIPS MENGURUS MASA BAGI ‘SUPERWOMAN’ YANG SERBA SIBUK

By September 6, 2018Others

Wanita di era moden ani selalu dilihat memegang jawatan-jawatan tinggi sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan. Para wanita jua dilihat seringkali menceburkan diri di dalam bidang usahawan. Oleh itu, golongan wanita masa ani boleh di anggap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan lelaki di luar sana. At the same time jua, bukan tugasan di luar saja tanggungjawab wanita ani, mereka ani jua bertanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu kepada keluarganya di rumah.

Macam nda cukup tangan kan rasanya? Macam- macam kan dikerajakan atu… 😄

 

PENGURUSAN MASA SANGAT PENTING UNTUK WANITA

Masa ani nda lagi ada alasan untuk biskita bekerja dan pada masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah. Namun, untuk merealisasikan semua tugas atu, wanita perlu ‘soft skills’ untuk memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa. Dengan mempraktikkan tips pengurusan masa yang bijak, biskita sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga.

Sesibuk manapun kita dengan tugasan di pejabat, tanggungjawab terhadap keluarga jangan sekali-kali dilupakan..

 

TIPS PENGURUSAN MASA BAGI ‘SUPERWOMAN’ YANG SERBA SIBUK

Nah di sini tah Divas kan mengongsikan beberapa tips untuk para wanita di luar sana yang bekerja dan memikul tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu di rumah.

 

1. TIPS PENYEDIAAN MAKANAN

  • Bagi mempercepatkan penyediaan makanan, sewaktu hari minggu, atau masa kelapangan, gunakan sifat rajin biskita untuk mengupas bahan-bahan asas memasak seperti mengupas bawang putih, bawang merah dan halia kemudian dikisar secara berasingan.

 

  • Selepas atu masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

 

  • Sanang kan kalau biskita kan memasak nanti, bahan-bahan asas sudah tersedia.

 

  • Kalau biskita kan memasak menggunakan lada kering, pastikan biskita sudah merebus lada tersebut, kisar dan simpan di dalam peti ais.

 

  • Cematu jua dengan sayur-sayur yang tahan lama boleh dipotong terlebih dahulu, siang ikan, membersihkan ayam dan kemudian simpan.

 

  • Bagi ibu yang ada anak damit yang perlu diberi bubur, biskita buleh memasak dengan segera bubur tersebut, tetapi perlu ada caranya.

Sediakan barangan asas untuk memasak di peti ais untuk menjimatkan masa biskita..

 

Tips supaya inda keliru makanan mana untuk siapa, Divas recommend abiskita melabel kontainer atau bekas makanan atu supaya menjimatkan masa inda balik-balik membuat kerja yang sama..

 

2. TIPS MEMANYAP RUMAH

Untuk memastikan masa abiskita mencukupi untuk mengemas rumah, pastikan seisi rumah mempraktikkan amalan ‘sudah guna, simpan’.

 

  • Jangan biarkan pinggan mangkuk inda dicuci selepas makan atau masak. Menangguhkan kerja hanya akan membuatkan biskita lebih stress.

 

  • Kalau biskita mengamalkan cara ani, walautah pun hari bekerja, biskita masih boleh mengekalkan kebersihan rumah.

 

Cuba latih sedari kecil anak abiskita dengan mindset ‘selepas main panyap’. In Shaa Allah durang akan terbiasa dengan sikap atu sudah basar. Jangan lupa tunjukkan jua sikap yang suka kan kekemasan atu dengan memanyap balik setiap benda di tempatnya.

 

3. TIPS MENYASAH DAN MENJAMUR BAJU

 

  • Menyasah paling sanang dan mudah kalau di rumah biskita ada mesin basuh automatik.

 

  • Semasa hari bekerja, pastikan 2 hari sekali biskita mesti membasuh baju. Jangan biarkan baju disimpan dan dibasuh ketika hujung minggu.

 

  • Kalau biskita hanya sempat membasuh baju selepas balik kerja, pastikan biskita bangun awal pagi untuk menjamur.

 

  • Minta bantuan suami untuk menjamur jika terlalu banyak.

 

Menerikah ani memang sakit, tapi akan jadi siuk kalau biskita sudah terbiasa..  😄

 

4. TIPS MENERIKAH BAJU

  • Cari waktu sesuai untuk biskita menerikah semua baju yang kan dipakai dalam seminggu.

 

  • Lakukan sambil menonton tv atau berbual dengan keluarga supaya biskita inda terasa bebanannya.

 

  • Bagi menerikah baju batik sutera, cara paling mudah dan menjimatkan masa, biskita simpan baju atu di dalam peti sejuk beku selama 15-20 minit, kemudian barutah biskita terikah tanpa menggunakan air. Baju atu akan lebih mudah untuk diterikah.

Menerikah ani memang sakit, tapi akan jadi siuk kalau biskita sudah terbiasa.. 😄

 

5. TIPS MELUANGKAN MASA BERKUALITI DENGAN SUAMI DAN ANAK

  • Ambil peluang berbual dengan keluarga semasa makan. Bawa suami dan anak-anak menyediakan makanan bersama, terutamanya di hujung minggu.

 

  • Kalau dorang inda pandai memasak, cucikan dan potongkan sayur, sediakan pinggan mangkuk, atau buat minuman.

 

  • Selain atu, pastikan kerja-kerja di pejabat inda sama sekali di bawa balik ke rumah, walaupun biskita kan membuat semasa anak tidur.

Meluangkan masa bersama keluarga adalah sangat penting. Sesibuk manapun kita, utamakan lah masa bersama keluarga.

 

6. TIPS KESIHATAN

  • Untuk memastikan biskita kekal aktif dan sihat bertenaga. Ambillah makanan yang sihat serta vitamin yang membantu memberi kesegaran badan.

 

  • Selain atu, amalkan sedikit senaman yang dapat memberi tenaga berpanjangan.

 

  • Di pejabat jua boleh bersenam sebenarnya. Pastikan semasa datang ke pejabat, biskita meletakkan kereta jauh sedikit dari tempat bekerja. Jadi, biskita akan terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat kerja, atu jua merupakan satu senaman.

 

  • Selain atu, ketika di pejabat, gunakan tangga untuk bergerak. Elakkan daripada menggunakan lif.

 

  • Apabila biskita aktif dan banyak bergerak, jantung biskita akan kekal sihat.

 

  • Apabila biskita sihat, barutah biskita mampu untuk menjadi ‘Superwoman’.

Utamakan menggunakan tangga daripada lif sebagai senaman harian untuk kesihatan abiskita.

 

Senaman ringan di pejabat jua membantu biskita untuk sentiasa aktif dan bertenaga.

 

WANITA PERLU ADA DISIPLIN UNTUK MEMBINA KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH

Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan keluarga. Tips pengurusan masa ani Divas kongsikan sekadar untuk perkongsian bersama. Mana yang relevan bagi abiskita gunakan ia dalam kehidupan seharian. Divas harapkan semoga perkongsian ani memberi manfaat kepada abiskita semua!

 

Sebagai seorang wanita, perlunya bagi kitani untuk mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadi insan yang terbaik bagi orang tersayang. Ani adalah kerana utuh dan kukuhnya sesebuah institusi kekeluargaan bergantung kepada mantapnya jalinan ukhwah yang terbina dan didikan agama yang sempurna dalam sesebuah keluarga atu jua.

Keluarga sakinah adalah dambaan semua.. 😍

Leave a Reply

0
Connecting
Please wait...
Send a message

Sorry, we aren't online at the moment. Leave a message.

* Your name
* Email
* Message
Ask a Question

Need more help? Save time by starting your support request online.

* Your name
* Email
* Message
We're online!
Feedback

Help us help you better! Feel free to leave us any additional feedback.

How do you rate our support?
X