DIVAS MEMBERSIH DI PUSAT BAHAGIA

By August 16, 2018Others

Pada 18hb April 2018, Divas telah menganjurkan satu aktiviti amal iaitu aktiviti membersihkan kawasan Pusat Bahagia yang terletak di Pulaie. Aktiviti ini bertujuan untuk meringankan bebanan warga Pusat Bahagia dengan menyumbangkan sedikit tenaga bagi membersihkan kawasan sekitarnya. Seramai 9 orang divas dan 3 orang dari pihak pengurusan telah ikut serta dalam aktiviti sukarelawan tersebut. Aktiviti bermula dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

 

Sebelum aktiviti sukarelawan ani kana luluskan, pihak pengurusan dari bahagian pemasaran dan penjualan (Amal & Pai) turun naik ke Pusat Bahagia ani untuk berjumpa dengan pengetua dan guru-guru di sana bagi memberitahu tujuan aktiviti dan meminta persetujuaan mereka. Setelah beberapa hari berurusan, pihak Pusat Bahagia pun bersetuju aktiviti tersebut dilaksanakan.

 

Masa actual day, pihak pengurusan si Amal & Pai ani berjumpa dengan pengetua dan guru-guru yang terlibat dengan aktiviti ini. Mereka menerangkan tempat-tempat yang hendak dibersihkan dan juga memperkenalkan sebahagian pelajar dari Pusat Bahagia yang boleh dibawa ikut serta dalam aktiviti sukarelawan ini. Tempat – tempat yang dibersihkan merangkumi dewan sekolah, bilik bantu diri, surau, dewan makan dan bilik mesyuarat. Seramai 4 orang pelajar dari Pusat Bahagia ikut serta dalam aktiviti sukarelawan ini.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Gambar sekitar membersih di Pusat Bahagia~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

 

 

 

 

 

 

Sebahagian pelajar dari Pusat Bahagia yang ikut serta dalam aktiviti membersih.

 

 

 

Aktiviti ini mengambil masa selama sehari. Banyak yang Divas perolehi sepanjang aktiviti dilaksanakan yang boleh membuka mata Divas sama ada melalui cerita yang dikongsikan oleh para guru dan kakitangan Pusat Bahagia atau dari segi keadaan yang Divas nampak sendiri semasa melaksanakan aktiviti pembersihan tersebut. Terlalu kuat semangat anak-anak istimewa ini untuk menuntut ilmu dan alhamdulillah sebahagian besar daripada mereka telah pun mempunyai pekerjaan di sektor kerajaan dan sektor swasta. Bagi para majikan yang mungkin berminat untuk mengambil mereka untuk menjadi pekerja bolehlah berhubung terus dengan pihak Pusat Bahagia dan bertanyakan prosedur untuk pengambilan mereka. Warga Pusat Bahagia yang nanti akan memilih mana-mana pelajar yang dikira boleh bekerja dan diberikan bantuan. Ini adalah kerana kita sebagai sesama manusia bertanggungjawab untuk meringankan tulang membantu mereka yang memerlukan bantuan sama ada dari segi tenaga, kewangan, mahupun pekerjaan.

 

Pihak Pusat Bahagia berharap aktiviti sebegini akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan kerana ia memberi peluang kepada pelajar di Pusat Bahagia untuk menimba pengalaman baru dan membuat aktiviti secara beramai bersama-sama dengan masyarakat luar. Warga Pusat Bahagia sentiasa mengalu-alukan masyarakat luar untuk meringankan tulang membantu dan membuat aktiviti bersama warga Pusat Bahagia.

 

Lastly, sesi begambar ramai bersama warga Pusat Bahagia is a must!

 

Leave a Reply

0
Connecting
Please wait...
Send a message

Sorry, we aren't online at the moment. Leave a message.

* Your name
* Email
* Message
Ask a Question

Need more help? Save time by starting your support request online.

* Your name
* Email
* Message
We're online!
Feedback

Help us help you better! Feel free to leave us any additional feedback.

How do you rate our support?
X