TIPS MENGHIAS BILIK SUPAYA NAMPAK SIMPLE TAPI AWESOME!

By August 16, 2018Others

Bilik tidur nampak suram dan boring? Inda sampat  membuat hiasan dalaman di bilik tidur? Inda semestinya biskita perlu membuat hiasan dalaman yang serba cantik dalam bilik tidur. Apa yang buleh biskita lakukan adalah upgrade suasana dalam bilik tidur. Masa ani terdapat pelbagai aksesori bilik tidur menarik yang nda terlampau mahal dan buleh biskita manfaatkan.

Nah, ani tah divas kan kongsikan tips untuk menghias bilik supaya nampak simple tapi awesome:

1. TUKAR KEDUDUKAN KATIL

Ani sesuai untuk biskita yang mempunyai ruangan yang luas. Inda semestinya katil perlu disandarkan ke dinding. Simpan katil di sudut yang berlainan atau bertentangan dengan kedudukan asal.

 

Foto: www.athomeinlove.com

2. TUKAR FRAME ATAU SUSUNAN GAMBAR

Bagi yang kreatif, bulehlah mencuba menukar frame gambar yang sedia ada kepada sesuatu yang up-to-date. Selain atu, buleh jua menukar susunan gambar supaya ada kelainan dalam suasana bilik tidur.

Ani contoh DIY yang boleh biskita cuba:

Foto kredit: fudgeandjoy.com

3. GUNA HIASAN FABRIK

Jika dinding bilik kosong, serikan dengan menggantung hiasan dinding dengan bahan sedia ada seperti kain langsir yang lembut, shawl atau tapestries di satu sudut. Biasanya tapestries ani mempunyai latar belakang dengan rekaan motif yang berwarna-warni lagi meriah. Biskita jua buleh menambahkan lampu kepadanya dan memberi efek sangat istimewa!

Ani akan mengindahkan lagi bilik tidur yang suram.

Foto kredit: pininterest.com

4. GANTI KARPET

Karpet baru atau aksesori jua buleh menceriakan bilik tidur yang kosong apatah lagi kalau ia mempunyai rona yang terang.

Gunakan panduan di bawah untuk memastikan bilik tidur nampak kemas.

Tapi inda bermakna biskita perlu ganti perabot setiap bulan atau tahun. Bergantung pada kegunaannya dan bajet yang ada jua.

Foto kredit: carpet.vidalondon.net

5. TAMBAHKAN WARNA

Kertas hadiah, kertas dinding atau wall sticker buleh digunakan untuk menceriakan bilik tidur yang kosong.

Inda semestinya dilakatkan di dinding, biskita buleh jadi kreatif dengan menggunakan bahan-bahan ani pada pintu, rak ataupun almari.

Hasilnya, pasti memukau!

Foto kredit: livspace.com

6. PAKAI CADAR DAN SARUNG BANTAL YANG CERIA

Elakkan memakai cadar yang kosong atau tanpa corak pasal ia buleh membuatkan bilik tidur nampak boring

Kalau biskita ingin hidupkan suasana dalam bilik tidur, bisai gunakan cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik.

Foto kredit: aliexpress.com

7. TUKAR PENCAHAYAAN

Hidupkan suasana malam biskita dalam bilik tidur dengan pencahayaan yang menarik.

Kadang-kadang, dengan sebuah lampu gantung saja, buleh membagi kelainan pada bilik biskita.

Foto kredit: erikabrechtel.com

8 LETAK POKOK HIASAN

Pokok kaktus contohnya mempunyai pelbagai bentuk yang menarik terutamanya yang bersaiz kecil.

Susun bisai-bisai dalam bilik dan ia mampu mengubah suasana dalam bilik.

Foto kredit: freshdesignpedia.com

9. GUNAKAN MOTIF ABSTRAK

Sedikit motif abstrak dapat membantu memberi penampilan yang ‘fresh’ dan ‘elegant’.

Untuk memudahkan ia dipadankan dengan perabot atau cat bilik biskita, pilih warna neutral macam kelabu, coklat, hitam, atau putih.

Foto kredit: davisylum.com

10. INDA SEMESTINYA MESTI ‘MAKE OVER’ SATU BILIK

Kadang-kadang dengan menambah atau menukar 1-2 barang saja sudah mencukupi untuk menaikkan suasana baru dalam bilik tidur yang selama ani ‘boring’ dan kurang berseri.

 

Apapun, pastikan bilik tidur abiskita sentiasa dalam keadaan kemas dan rapi kerana secantik mana bilik tidur pun kalau bejurit dan inda terurus, buleh merosakkan suasana di dalamnya.

Leave a Reply

0
Connecting
Please wait...
Send a message

Sorry, we aren't online at the moment. Leave a message.

* Your name
* Email
* Message
Ask a Question

Need more help? Save time by starting your support request online.

* Your name
* Email
* Message
We're online!
Feedback

Help us help you better! Feel free to leave us any additional feedback.

How do you rate our support?
X