TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN PERIBADI

By August 20, 2018Others

Masalah pengurusan kewangan ani tah yang paling susah kan kitani handle kan? Banar nda? Kadang-Kadang apa yang kitani rancang nda sama dengan apa yang kitani bali setiap bulan. Mesti ada yang exceed jua. Kenapa kan tu ah? 🤔 Cemana tah caranya kan berjimat tu supaya kewangan ani stable sampai ke hujung bulan? Selalunya pertengahan bulan sudah tia karing, apa kan dipakai untuk hujung bulan nanti?

Memang masalah ani selalu terjadi sama ada arah orang yang makan gaji ataupun yang bekerja sendiri. Inda kisah berapa banyak pun biskita punya pendapatan kalau inda diuruskan dengan baik memang sesak nafas sebelum sampai hujung bulan. Bila nda cukup mula tah kitani kan minjam sana sini, berhutang sana sini untuk cukupkan keperluan kitani sebulan-bulan atu. Dan yang paling bahayanya bila kitani mula berhutang dengan orang yang nda sepatutnya seperti skim pinjaman duit yang berasaskan riba/bunga.

Ada beberapa KESILAPAN yang selalu kitani buat semasa menguruskan kewangan, antaranya:

 

INDA TAHU PENDAPATAN SEBULAN

Ada di antara abiskita yang membuka bisnes sendiri dan kadang-kadang inda mencatit keuntungan dan perbelanjaan yang digunakan sepanjang sebulan. Jadinya biskita inda tau berapa sebenarnya pendapatan bulanan abiskita. Ani yang bahaya ni, pasal kalau inda ada catitan biskita inda akan tau berapa perbelanjaan dan keuntungan abiskita setiap bulan.

Selalu dihadapi ni. awal bulan belanja sakan sudah ujung bulan karing.. Banar nda? 🤣

BELANJA IKUT NAFSU

Ani yang payah ni. Selalu kitani akan terlebih belanja dari kemampuan sendiri. Ada barang lawa sikit bali, Produk bisai sikit simbat. Nafsu anitah selalunya yang jahat ni. Caranya yatah tu, fikir saja yang kitani mesti dahulukan keperluan daripada kemahuan.

Shopping sakan nampak.. 😄

MALAS DAN JAHIL

Sikap ani tah yang selalu ada ni arah kitani. Malas cemana tu ah? Banyak malas ani. Malaskan masak, malaskan membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Cuba biskita bayangkan kalau makan di luar berapa sudah belanja kan tu? Kalau dibandingkan dengan memasak di rumah. Lagi jimatkan? Bah pikir-pikirkan tia uleh biskita.

Jangan jadi cemani.. masak pun kan menangis rasanya.. HAHAHA! 🤣

TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN PERIBADI

  • SIMPAN 10% – 15% DARIPADA GAJI

Ani mesti biskita amalkan ni. Simpan sekurang-kurangnya 10% – 15% daripada gaji abiskita. Sebagai contoh, gaji abiskita sebanyak $1000 jadi biskita boleh menyimpan dalam $100 – $150 dalam sebulan. Biskita boleh menyimpan duit atu di dalam tabung atau membuka akaun simpanan yang baru. Kalau biskita memilih kan menyimpan di dalam tabung, pastikan tabung atu inda dapat dibuka, kalau kan membuka pun mesti dipacahkan dan simpan di tempat yang sukar untuk diambil atau bukan di depan mata.

Menabunglah untuk masa hadapan biskita..

  • BUAT AKAUN SIMPANAN ASING

Tips ani pun beguna untuk abiskita yang banar-banarkan mau membuat simpanan peribadi. Yang bisainya lagi biskita menyimpan arah bank akaun yang inda dapat diambil kalau belum sampai masanya.

 

  • SIMPAN RESIT

Setiap kali biskita membali, jangan lupa untuk menyimpan resit abiskita. Pasalnya dari sanatah kitani tau berapa banyak perbelanjaan tani setiap bulan. Kalau rajin lagi, biskita catit perbelanjaan dan gaji atau pendapatan bulanan supaya biskita tau sama ada perbelanjaan biskita bulan ani exceed ataupun inda. Kalau exceed perancangan lain harus dibuat untuk memastikan perkara ani nda akan berulang di bulan hadapan.

Jangan buang resit abiskita..

  • NO KAD KREDIT

Membayar pakai kredit kad ani paling siuk ni. Nda payah membawa cash banyak. Swipe saja sanang. Tapi mesti jua biskita ambil kira ni risiko memakai kad kredit ani. Kadang-kadang kitani siuk-siuk membali sampai nda terasa rupanya banyak sudah duit di bank yang berpakai. Jangan sampai kad kredit biskita bebunyi masa membayar pasal nda cukup balance di bank untuk membayar. Nah, memalukan? 🤣

Paling sanang biskita tinggalkan saja kredit kad abiskita di rumah. Jangan dibawa ke mana-mana. Bawa cash saja supaya nda over spent! 😉

  • BELANJA YANG PERLU SAHAJA. NAFSU TOLAK JAUH-JAUH.

Perkara ani paling payah ni. Banar nda? Pasal melawan nafsu ani paling tah sakit ni. Kitani selalu mendahulukan kemahuan dari keperluan. Cuba latih diri untuk berfikir sebelum kan membali barang. Adakah kitani banar-banar perlu barang atu? Atau inda? Nda jua membagi kesan yang buruk kan kalau kitani nda membali barang atu bulan ani? Mungkin bulan dapan buleh atau nda membali langsung pun lagi baik kali? HAHAHA!

Utamakan keperluan berbanding kemahuan abiskita.

  • ELAKKAN MAKAN DI LUAR

Trend sekarang ani mesti makan luar. Alasan yang kononnya kukuh selalunya pasal rumah jauh dari tempat kerja jadinya malaskan balik pasal alang-alang dan sayang jua minyak ulang alik atu. Tapi pernah biskita terpikir yang masalah biskita ani buleh di atasi? Cemana caranya? Sanang saja jawapannya, rajinkan tah diri biskita untuk bangun pagi dan memasak di awal pagi atu untuk bebata keraja di office. Nah nda payah makan luar untuk lunch. Jimatkan?  😉

Nyamankan usulnya jua? Nda semestinya makanan di restaurant saja nyaman, masakan sendiri pun buleh jadi nyaman kalau abiskita kreatif dan pandai mengolahkan makanan atu.. 😍

Kalau kan mau jimat, lunch di office saja hari-hari.. 😉

  • CATIT DUIT KELUAR MASUK

Ani kan sama dengan point yang no 3 di atas tadi. Yatah gunanya biskita menyimpan resit tu. Supaya sanang mencatit perbelanjaan setiap hari. Sudah hujung bulan nanti baru biskita buleh nampak sama ada labih atau inda perbelanjaan kita bulan ani.

Biasakan mencatit perbelanjaan abiskita setiap bulan.

  • JIMAT MANA YANG BOLEH

Part ani, mesti tah biskita memikirkan ni mana-mana perbelanjaan yang dapat dijimatkan cuba jimatkan. Contohnya, mungkin nda payah menyasah setiap hari? Mungkin boleh dikumpulkan seminggu sekali menyasah atau setiap 3 ke 5 hari baru menyasah? Dengan ani biskita buleh menjimatkan penggunaan air dan sabun cucian biskita setiap bulan.

Amalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian abiskita.

  • BAYAR HUTANG ANDA DAHULU

Hutang atu wajib biskita langsaikan. Selagi hutang masih ada nda nyaman rasa hati. Walaupun orang yang mengutangi nda menagih, tapi tetap ada rasa tanggungjawab dan ehsan kitani untuk membayar dorang yang sudah menolong kitani atu. Jangan lupa, sebelum biskita kan membali barang-barang kemahuan biskita, utamakan dulu membayar hutang sebelum duit atu habis disalurkan ke tempat yang lain.

 

Jangan bebani hidup abiskita dengan hutang! 😉

  • BELANJA IKUT KEMAMPUAN KEWANGAN ABISKITA

Berbelanja ikut kemampuan ani paling penting ni. Kitani mesti tahu tahap kemampuan kitani sebelum membali sesuatu barangan atu. Kalau rasanya ia diluar dari kemampuan jangan di paksa dengan berhutang arah orang atau membuat pinjaman ke bank-bank kecuali barang tersebut benar-benar diperlukan.

Belanja mengikut kemampuan, jangan ikutkan hawa nafsu..

  • MENYIMPAN UNTUK PERSARAAN

Waktu bersara kitani jangan sekali-kali dilupakan. Cuba berfikiran matang dengan membuat perancangan jangka Panjang untuk pendapatan semasa bersara nanti, Menabunglah sedari awal untuk keperluan di masa akan datang.

Pastikan biskita menabung untuk persiapan di hari tua..

  • BERSEDEKAH

Bersedekah adalah amalan mulia. Tetapi harus dilaksanakan dengan hati yang ikhlas. Amalkanlah amalan bersedekah kerana Allah menjanjikan rezeki yang melimpah ruah kepada orang yang bersedekah. Mudah-mudahan dengan amalan bersedekah walaupun sedikit asal ikhlas akan dapat diberi ganjaran yang lebih baik oleh Allah di kemudian hari.

Bersedekah adalah amalan mulia..

  • DISIPLIN

Tanamkan sifat disiplin dalam diri. Jangan menipu diri dengan menggunakan wang tabungan atau inda mencatit perbelanjaan bulanan dengan harapan takut exceed perbelanjaan bulan ani. Disiplinkan diri dan jujur dalam menguruskan kewangan peribadi abiskita.

Disiplin adalah jambatan yang menghubungkan anda dengan kesuksesan.

Atu saja sedikit tips yang Divas boleh kongsi dengan abiskita. Divas percaya pengurusan kewangan peribadi ani paling payah ni. Ia memerlukan keazaman dalam diri dan disiplin yang sangat kuat supaya biskita tahan akan godaan-godaan sekeliling atu 😄

GOOD LUCK Divas ucapkan kepada abiskita! 😉

Leave a Reply

0
Connecting
Please wait...
Send a message

Sorry, we aren't online at the moment. Leave a message.

* Your name
* Email
* Message
Ask a Question

Need more help? Save time by starting your support request online.

* Your name
* Email
* Message
We're online!
Feedback

Help us help you better! Feel free to leave us any additional feedback.

How do you rate our support?
X